Hi semua. Bukan mudah nak menulis bila dah lama tinggal ni. Straight to the point, kali ni aku nak share pengalaman dan aku kasi itinerary sekali untuk trip aku ke Jogja bulan julai haritu. Aku nak share jugak sebab bagi aku total perbelanjaan yang aku keluarkan adalah TIDAK SAMPAI RM800 pun. So sangat sesuai untuk sesiapa yang takde bajet yang besar tapi ada keinginan untuk travel ke luar negara. Bukan sehari dua ya aku pergi Jogja. 5 hari 4 malam. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan dari awal sampai habis. Aku pergi ke Jogja berdua je dengan kawan. Jadi sebab aku tahu perbelanjaan akan menjadi besar sebab pergi berdua, jadi aku pun bertukar menjadi seorang yang ‘cost conscious’. Jadi ini itinerary aku (aku dah bahagi siap-siap per orang ya) Hari pertama: -Bertolak ke Jogja dan sampai sana zohor. Aku jet lagged sebab lama gila berpusing dekat ruang udara Jogja (air traffic jammed). Sampai sana aku malas nak panjang cerita, ambik je mana-mana airport taxi untuk ke homestay (ka...