Kita mesti ada rahsia kita yang tersendiri kan? Yang kita rasa benda tu aib sangat sampai tak mampu nak bagi tahu dekat siapa-siapa. Kecuali kepada mereka yang benar-benar kita percaya @ orang yang memang ahli dengan rahsia kita tu. Kadang-kadang emak ayah kita pun tak tahu apa rahsia yang kita pendam. Adakah sebab mereka tak layak untuk tahu rahsia tu? BUKAN. Mereka patut tahu cuma kita rasa benda tu mungkin akan merisaukan mereka takpun akan mengecewakan mereka. Sebab tu kita decide untuk terus simpan benda tu sendiri. Apa pun bersyukurlah andai ada aib kita yang Allah simpan dan tidak zahirkan ia kepada manusia lain. Sebenarnya memang banyak pun. Entah-entah kalau Allah bukak hijab mata manusia dan depa boleh tengok siapa diri kita yang sebenar,boleh jadi xde siapa pun yang suka kita. Semoga semuanya baik-baik sahaja.