Manusia selalunya menilai kita melalui apa yg zahiriah pada diri kita. Apa yang mereka boleh lhat,maka setakat itu sahaja tafsiran mereka. Sebab itu ada sesetengah daripada kita yang terlalu takut untuk bertindak melakukakan sesuatu yang benar kerana takut dinilai masyarakat sekeliling.
Sebagai contoh,ada yang takut untuk mengajak membuat kebaikan kerana takut dilabel alim,solehah,pak ostat.ostajah panggilan yang seumpama dengan tu. Padahal kalau kita cuba fikir secara rasional dan lebih positif, cuba kita jawab soalan-soalan ni
"apa dosanya kalau aku dilabel ostat?"
"apa yang tak kenanya kalau aku dilabel alim?"
Sebenarnya kawan-kawan,semua tu hanyalah doktrin yang telah diletakkan dalam diri dan fikiran kita yang mana kalau orang panggil kita dengan gelaran tu,kita kena rasa malu,kena rasa marah dan tak puashati dan respon-respon negatif yang lain.
Apa yang menghairankan ialah,kita marah digelar dengan gelaran baik sedemikian sedangkan gelaran lain yang diletakkan dekat kita pun entah-entah tiada maksud. Ada panggilan nama cacing,kicap,kerang,jelebo,papan,tengkorak dll. Bahkan ada yang lebih teruk dari itu.
Maka biarkanlah kalau kita digelar dengan gelaran-gelaran baik tersebut dan sepatutnya kita kena bersyukur kalau dipanggil sedemikian . Islam memang tuntut kita untuk memiliki sifat-sifat yang baik maka kalau memang ada perkara perkara baik yang kita lakukan sampai menyebabkan orang memangil kita dengan gelaran-gelaran baik begitu, BE POSITIVE !
Comments
Post a Comment