Memang tak dinafikan manusia memang ada pendapat yang berbeza dalam kehidupan. Setiap manusia ada pembawaannya yang tersendiri. Tetapi kadang-kadang kita akan stick dekat satu perkara sampai kita tak mampu ataupun kurang mampu untuk menerima kemasukan daripada pihak lain. Adakah kita pentaksub? Atau adakah kita pencacai yang membela tanpa sebab kukuh? Prejudiskah kita?
Mungkin YA mungkin TIDAK.
Sebab kita bukanlah Tuhan yang mampu menilai dengan sebetulnya mana yang benar dan mana yang salah dalam kehidupan ni. Namun adakah itu bermakna yang kita boleh memilih sesuka hati sahaja jalan hidup kita? Tidak. Sebab kita (muslim) telahpun diberikan garis panduan hidup kita yang sememangnya lengkap. Ada masalah terus kembali kepada apa yang telah digariskan.
Jadi apakah sebenarnya yang aku nak sampaikan dalam entry aku kali ni? Apa yang aku nak sampaikan ialah berkenaan dengan pendapat aku lah kan. Ada yang kata aku pentaksub parti sampai macam susah nak terima pendapat pihak lain. Sebenarnya tidak. Aku masih rasional lagi dan tidak mengambil langkah memilih bulu. Namun aku yakin kepercayaan aku ada sandaran yang kukuh. Bukan membabi buta semata. Aku yakin ada kesatuan yang telah memautkan hati aku pada gerakan ni.
Kita terkadang terlalu dimomokkan dengan media sampaikan pendapat kita pun bermazhabkan media. Kita sendiri tidak tahu cerita sebenar disebalik gerakan-gerakan ni. Apa pun marilah kita sama-sama muhasabah diri semula dan sentiasa meminta agar diberikan petunjuk dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Comments
Post a Comment