Skip to main content

AHZAB

Aku terinagt untuk tulis tentang benda ni memandangkan aku ni jenis pelupa dan aku mengharapkan blog ni jadi medan untuk aku ingat semula apa yang aku pernah dengar.

Perkongsian hari ini ialah tentang Perang Ahzab dan kaitannya dengan situasi masa kini. Aku mulakan dahulu dengan kisah perang Badar. Bila teringat tentang perang Badar,selalunya benda yang terdetik ialah:
1. 313 tentera Islam melawan 1000 orang musuh dan orang Islam menang sedangkan kelengkapan sangat daif ketika itu.
2. Perang yang berlaku dalam bulan Ramadhan 
3. Perang yang mana asalnya Rasulullah taknak pun untuk berperang. Rasulullah hanya mahu mengambil semula harta yang telah dirampas ketika di Mekah tetapi kaum musyrikin dapat tahu perkara tersebut dan mereka pun macam nak counter attact balik la macam tu.

Namun,sehebat-hebat perang Badar pada kita,perang ini tidak pula dijadikan sebagai surah dalam al-Quran tetapi satu-satunya perang yang dinamakan surah dalam al-quran ialah perang Ahzab. Point nya disini adalah untuk menyatakan bahawa perang Ahzab ni ibrahnya lebih ditekankan sebenarnya.

Ok mari kita imbas semula zaman sekolah kita dahulu. Perang ahzab ni nama lainnya ialah perang Khandak yang mana kalau perang khandak ni mesti kita teringatkan parit atau bahasa tinggi sikit kehebatan strategi tentera Islam dalam menghadapi musuh. Sinonim perang khandak dan parit ni seolah-olah telah membuatkan kita kurang rasa semangat terhadap peristiwa sebenar perang tersebut. Ada apa dengan parit? Apa yang menarik sangat dengan peristiwa gali parit? Aku tidak pasti lah sama ada ini adalah doktrin yang sengaja dibuat atau bendanya adalah kebetulan.

Perang ahzab berlaku dalam keadaan yang sangat tertekan. Perang yang memakan masa yang lama dan menuntut kesabaran yang amat tinggi dalam diri masyarakat muslim. Perang yang mana ketika itu musuh-musuh bersatu untuk menjatuhkan Islam walaupun sebelum ini musuh itu bergaduh sesama mereka sendiri. Islam bersendiri ketika itu tanpa ada pakatan dengan sesiapa. Disaat ini orang-orang beriman diuji dengan pelbagai sangkaan terhadap Allah. Perincian tentang bagaimana tertekannya keadaan ketika perang ini boleh dibaca dalam surah al-Ahzab. 

Oleh sebab itu apabila ada yang melekehkan kenapa gerakan Islam tidak bersatu membuat pakatan dengan pihak lain,mereka mungkin tidak mengambil iktibar daripada surah ini. Ketika perang ini Islam bersendirian dan musuh-musuh bergabung untuk menjatuhkan Islam. Islam bersendiri untuk melawan musuh itu adalah sunnatullah. Tidak pelik pun dan tidak menjadi kewajipan pun kalau nak menang mesti bergabung dengan pihak lawan.

Akhirnya Islam menang juga walaupun dalam keadaan yang tertekan dan takbir raya itulah simbolik kemenangan bagi perang ahzab itu. Itulah yang orang dok kata hari raya ni meraikan kemenangan. Tapi kita pelik sikit,takbir je tangkap syahdu. Saya tak kata orang lain,saya pun sama. Sedangkan yang sepatutnya ialah kita melaungkan takbir itu dengan semangat sebagai tanda kemenangan kita.

Oleh itu dalam meneliti sesuatu isu berlaku dalam gerakan Islam,tidak lain tidak bukan adalah dengan memahaminya dengan meneliti sirah perjuangan. Kita sendiri tahu bahawa sejarah akan berulang maka ikutilah panduan sepertimana yang Allah telah tetapkan. Terkadang keputusan yang dibuat dalam gerakan Islam ni ternampak seperti mengarut dan tidak selari dengan logik akal. Namun tidak sedarkah kita bahawa kita sendiri tidak nampak syurga dan neraka tetapi kenapa kita mempercayainya? Bukankah itu juga mengarut? Kesimpulannya tiada yang mustahil bagi Allah.

Sekian dari saya yang kerdil,mohon tegur jika ada silap.

Comments