Skip to main content

FAITH

Bosan pula malam-malam ni. Aku baru sahaja lepas buat sedikit carian tentang data pelancong ke Malaysia. Ada presentation Khamis ni.

Jadi aku rasa tergerak untuk berkongsi tentang pengalaman aku berdepan dengan masalah saluran air tersumbat dan juga kaitannya dengan dengan ketuhanan.

Aku dengan kawan serumah mula-mula plan nak tukar paip sahaja sebab paip sinki tu terlalu rendah dan agak sukar kalau nak membasuh perkakas yang besar spt kuali,jug dan mangkuk bersaiz besar. Lepas sudah tukar,kami tgk macam saluran pvc tu bocor jadi kami ingatkan benda tu la yang bocor. Kami pun berhabis lah duit membeli alat ganti benda tu. Bila dah tukar,baru kami tahu bukan bocor tapi saluran air yang tersumbat.

Macam orang gila kami kerjakan saluran tu. Memang berketul-ketul sisa yang dah keras keluar tetapi tetap tak cukup untuk melancarkan perjalanan air dari sinki. 

Suatu petang tu,akak satu rumah ni masuk dapur dan dok tengok aku mengerjakan sinki tu. Bila nampak dia aku berdiri dan nak bersembang la kan dengan dia memandangkan dia ahli lama rumah tu,

"Saluran ni memang dah lama tersumbat, Kami dulu pun macam-macam dah cuba itu ini. Sama jugak masalahnya. Tak settle"
"Laa yeke. Kiranya ni kesinambungan la ni nak bagi kami pulak rasa haha." Aku buat lawak bodoh sikit.
"Haa lebih kurang la. Tapi waktu kamu masuk rumah ni,air kat sinki ni elok je kan jalan?"
"Haah. Tulah kami pelik tu nape kali ni tak jalan pulak airnya"
"Tulah waktu bulan puasa haritu jadi camni jugak. Sekali tu kami dapat idea,teringat dalam surah Hud yang Allah perintahkan bumi untuk telan air tu kan, Kami pun pasang,air tiba-tiba boleh berjalan(korang jangan la ingat literally berjalan tu). Lepastu kami terus malas dah nak baiki sebab rasa lepas ni kalau sumbat lagi pasang je surah Hud"


Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim" (surah Hud ayat 44)

Allah. Aku waktu tu rasa macam teruk gila. Dah la masuk rumah komplen macam-macam(komplen yang membina tau),bila ada masalah dalam rumah tu tak pernah letak pergantungan dekat Allah. Bukan lah tak letak langsung tapi memang tak terfikir sampai tahap ahli lama rumah tu. Lepas sahaja perbualan aku dengan akak tu,sejak dari aku sedar bila kau letak pergantungan kat Allah,guna pulak mukjizat teragung yang dah dibekalkan dekat umat manusia ni,insyaAllah masalah akan selesai.

Benarlah bahawa Al Quran itu panduan hidup untuk semua aspek walaupun tak literally disebut didalamnya.

Harap bermanfaat buat pembaca. :)

Comments